Monday 26 January 2015

BIODATA


NAME - MUHAMMAD ASWAN ISKANDAR BIN MAT NOR
AGE - 22 YEARS OLD
COURSE - CIVIL ENGINEERING
HOBBY - ONLINE GAME

NAME - MUHAMAD HARITH BIN ROSLY
AGE - 21 YEARS OLD
COURSE - CIVIL ENGINEERING 
HOBBY - DRIVING, PLAYING FOOTBALL AND TRAVELING

NAME - IFFAH FATINI BINTI AZUDIN
AGE - 20 YEARS OLD
COURSE - CIVIL ENGINEERING
HOBBY - CYCLING

NAME - MUHAMAD KAMARULAZLAN BIN SALLEH
AGE - 19 YEARS OLD 
COURSE - CIVIL ENGINEERING 
HOBBY - COOKING, ONLINE GAME.

NAME - MUHAMAD KHAIRUL NAIM BIN CHE BAKRI
AGE - 19 YEARS OLD
COURSE - CIVIL ENGINEERING 
HOBBY - PLAYING FOOTBALL

Monday 19 January 2015

Hak-hak perhimpunan dalam perlembagaan malaysia

Tajuk:

KAJIAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
(PERATURAN DAN KESAN)

Nama:
1)MUHAMMAD ASWAN ISKANDAR BIN MAT NOR
2)MUHAMAD KAMARUL AZLAN BIN SALLEH
3)MUHAMAD HARITH BIN ROSLY
4)MUHAMAD KHAIRUL NAIM BIN CHE BAKRI
5)IFFAH FATINI BINTI AZUDIN

Program:DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

Sesi:DIS 2014

Jabatan:KEJURUTERAAN AWAM

Nama pensyarah: ENCIK YASSIR ASYRAFF BIN MOHD KASSIM


KAJIAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA (KEPENTINGAN DAN KESAN).


Pengenalan


Hak untuk berhimpun merupakan salah satu daripada hak asasi manusia dan telah termaktub dalam perlembagaan. Semuawarganegara Malaysia diberi kebebasan untuk berhimpun. Tajuk ini merangkumi kepentingan dan kesan mengadakan sesebuah perhimpunan serta membincangkan akta perhimpunan yang diguna pakai sebagai garis panduan bagi masyarakat atau rakyat di Malaysia bagi menganjur atau menyertai perhimpunan.





Hak perhimpunan dalam perlembagaan

Hak atau kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PERKARA 10) iaitu peruntukan kebebasan kepada semua warganegara Malaysia.


 Tetapi, parlimen boleh mengenakan sekatan yang difikirkan perlu untuk:


  1. Menjaga keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagian persekutuan dengan negeri-negeri lain untuk ketenteraman awam.
  2. Melindungi keistimewaan Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
  3. Mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah dan perbuatan yang boleh menimbulkan penentangan terhadap kerajaan.

Di parlimen telah berlaku pindaan dengan mewujudkan Akta (pindaan) Perlembagaan 1971,Akta 30 yang berkuatkuasa 10 MAC 1971 yang menjadikannya suatu hasutan atau jenayah kepada sesiapa yang mewmpersoal isu sensitif.

Kepentingan.

1) Menyuarakan hak sesuatu bangsa atau masyarakat.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai adat dan tradisi kerana terdapat masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Oleh itu, perhimpunan boleh dijadikan sebagai tapak untuk bersuara. Contohnya, masyarakat Islam mementingkan makanan HALAL untuk memenuhi tuntutan.


2) Mewujudkan masyarakat yang produktif 

Masyarakat yang bekualiti akan sentiasa peka mengenai sesebuah isu yang terjadi yang terjadi . Melalui perhimpunan ,  masyarakat boleh bersuara seperti Perhimpunan Aman pro-Palestin yang diadakan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos 2014 iaitu bagi menyuarakan kekejaman askar Israel yang menyerang penduduk Palestin tanpa henti yang bermula pada awal Ramadhan 2014. Secara tidak langsung,perhimpunan ini menjadikan masyarakat saling berganding bahu antara satu sama lain.

3) Hak mendapat maklumat dan kebenaran 
Melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status mengenai isu hangat seperti harga minyak atau rasuah yang sering dimainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan dengan teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut.hal ini demikian kerana rakyat juga berhak mengetahui apa di sebalik sesebuah pentadbiran negara.


AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

APA ITU AKTA PERHIMPUNAN

Suara Akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukan sekatan - sekatan yang tentu perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan persekutuan atau mana mana bahagiannya atau ketenteraman awam termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain di samping perkara-perkara yang berkaitan 





TUJUAN AKTA 





(Gambar sebagai hiasan)








AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012.


Apa itu akta perhimpunan.

Suatu Akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain di samping perkara-perkara yang berkaitan.






Tujuan akta dilaksanakan


  •  Membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan     secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan tertentu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

  • Bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara aman selaras  dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

  • Mengelak berlakunya demonstrasi jalanan:                                               (Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan menyertai perhimpunan)

  • Menetapkan hak berhimpun tidak terpakai kepada bukan warganegara kanak-kanak (15 tahun kebawah).

  • Meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.


Peraturan atau tanggungjawab penganjur(hak untuk menganjur dan menyertai perhimpunan)


  • Seksyen 2 APA 2012 memperuntukkan hak warganegara untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tetapi tertakluk kepada sekatan tertentu bagi memastikan keselamatan negara serta perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

  • Fasal 4 APA 2012 menjelaskan hak untuk menganjur atau menyertai          perhimpunan secara aman dan tanpa senjata tidak terpakai kepada:


  1. Bukan warganegara.
  2. Perhimpunan yang diadakan di tempat-tempat larangan dan dalam jarak 50 meter daripada had tempat-tempat larangan.
  3. Bagi bantahan jalanan.
  4. Seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur.


  • Peruntukan Seksyen 6 APA 2012 (Akta 736), penganjur adalah                 bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti berikut:


  1. Memastikan perhimpunan mematuhi APA 2012 dan undang-undang lain yang berkaitan.
  2. Memastikan penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar APA 2012,undang-undang bertulis yang lain atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut.
  3. Memastikan penganjur atau mana-mana orang menyertai perhimpunan tidak melakukan perbuatan atau mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta mengganggu ketenangan orang awam.
  4. Memastikan penganjur atau peserta perhimpunan tidak melakukan   kesalahan di bawah undang-undang bertulis.
  5. Memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.
  6. Memastikan perhimpunan tidak akan menyebabkan kesusahan kepada orang awam.
  7. Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan.
  8. Melantik beberapa orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi     mengendalikan perhimpunan dengan teratur.
  9. Memastikan perhimpunan tidak akan membahayakan kesihatan menyebabkan kerosakan kepada harta dan alam sekitar.
  10. Fasal 9(1): Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis dalam masa 10 hari.


Peraturan atau tanggungjawab peserta.


  •  Peruntukan seksyen 7 APA 2012 telah menggariskan tanggungjawab peserta yang menghadiri perhimpunan, seseorang peserta hendaklah


  1. Mengelak daripada mengendalikan atau menghalang mana-mana       perhimpunan.
  2. Tidak berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu.
  3. Tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan atau apa-apa kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam atau yang mengganggu ketenangan orang awam.
  4. Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di mana-mana perhimpunan.
  5. Tidak menyebabkan kerosakan kepada harta benda.
  6. Mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh polis, penganjur atau mana-mana orang yang dilantik oleh penganjur yang bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan yang teratur.


Kawasan perhimpunan.

·   Kawasan yang ditetapkan 

  1. Bagi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan,mereka hanya perlu memberitahu pihak polis dan akan ada pihak berkuasa memantau keadaan perhimpunan di kawasan tersebut.
  2. Kawasan atau tempat yang tidak akan menjejaskan kepentingan awam seperti stadium dan kawasan lapang yang mana orang ramai boleh berhimpun.

·   Kawasan yang tidak ditetapkan

  1. Bagi kawasan-kawan yang tidak ditetapkan, maka ia akan memerlukan tempoh 10 hari supaya pihak polis boleh berunding dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan pandangan mereka.


Tempat larangan untuk perhimpunan
1) Empangan, takungan dan kawasan tadahan air.
2) Loji rawatan Air.
3) Stesen Penjana Elektrik.
4) Stesen Minyak.
5) Hospital.
6) Balai Bomba.
7) Lapangan Terbang. 
8) Landasan kereta api.
9) Terminal Pengangkutan Awam Darat.
10) Tadika dan sekolah.


Perhimpunan yang tidak perlu mendapatkan permit polis.

1) Perhimpunan keagamaan.
2) Perarakan pengebumian.
3) Majlis perkahwinan.
4) Rumah terbuka semasa perayaan.
5) Pertemuan keluarga.
6) Hari keluarga yang diadakan oleh majikan  bagi mendapat manfaat pekerjanya dan keluarga mereka.
7) Mesyuarat tahunan dan persatuan. 

Perhimpunan yang boleh disertai oleh kanak-kanak.

1) Perhimpunan keagamaan.
2) Perarakan pengebumian.
3) Perhimpunan berhubung dengan adat.


Kesan-kesan tidak mematuhi peraturan perhimpunan terhadap negara.

1)Politik negara akan menjadi goyah dan tidak stabil.

2) Menyebabkan pelabur luar keluar daripada melabur di negara ini.
3) Keselamatan negara terancam.
4) Harta benda awam seperi kereta,telefon dan lain-lain akan dirosakkan oleh peserta perhimpunan yang tidak bertanggungjawab.
5) Perhimpunan akan bertukar menjadi tidak terkawal dan menyebabkan berlakunya rusuhan.







Rujukan.

· Buku Ilmiah

  1. Mardiana Nordin,Hasnah Hussiin,Pengajian Malaysia,Edisi kelima,2014,Oxford Fajar Sdn.bhd.
  2. Akta Perhimpunan Aman 2012,Bahagian Penerbitan Dasar Negara,Jabatan Penerangan Malaysia,Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
  3. Norraihan Zakaria,Konsep Hak Asasi Manusia,2005,Dewan Bahasa dan Pustaka.

· Akhbar

  1. Dewan Lulus Akta Perhimpunan Aman,Berita Harian,30 November 2011,m/s 4
  2. Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman Lulus,Utusan Malaysia,30 November 2011,m/s 1

· Internet

1.http://pakreatif.blogspot.com/2011/07/kesan-demonstrasi-jalanan-1.html